Pelita Ilmu

Hidup Itu Indah

Banyak orang merasakan kesusahan di dunia ini. Banyak masalah yang harus dihadapi. Semakin merasakan masalah semakin datang masalah yang lain. Seakan-akan benar pepatah yang sering diucapkan oleh banyak orang: Sudah jatuh ditimpa tangga.
Mari kita cuba keluar dari segala kesukaran dan kesulitan hidup. Pelajaran pertama yang mesti diyakini adalah: bahwa Hidup itu Indah.
Cobalah tersenyum setiap pagi. Jangan lupa mengucapkan Alhamdulillah setelah bangun tidur. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita setelah mematikan kita dan kepada-Nyalah kita kelak dihimpunkan.
Tataplah dunia ini dengan penuh kehangatan. Tetaplah dunia ini dengan semangat bahwa kita akan berjaya menghadapi hari yang cemerlang ini.
Tengoklah burung yang berkicau setiap pagi menandakan kesyukuran. Mereka senantiasa bergembira dengan ceria setelah bangun tidur. Padahal mereka belum pasti apakah mereka akan mendapatkan makanan pada hari itu atau tidak. Namun para burung itu senantiasa bersyukur sebelum bergerak mencari rezeki. Mereka bersemangat dan pasrah kepada Allah. Mereka berhasil, bahkan mampu menghidupi anak-anaknya.
Alangkah indahnya hidup ini. Falsafah ini akan membuka tirai kebahagiaan pada setiap saat ia meyakini bahwa hidup itu indah.
Kebahagiaan pertama akan mengundang kebahagiaan-kebahagiaan yang lain. Barangkali inilah antara maksud ayat yang mengatakan bahwa Sesiapa bersyukur maka Allah akan menambahkan lagi nikmat-nikmat-Nya.





Siapakah yang membahagiakan kita..

Allahlah yang akan membahagiakan kita. Tetapi mungkinkah Allah akan membahagiakan kita kalau kita tidak mahu dibahagiakan ?. Dalam salah sebuah firman-Nya, Allah menerangkan bahawa Allah tidak akan merubah nasib manusia selama manusia itu tidak mahu merubah nasibnya sendiri.
Maka dari itu kita mesti siap merubah diri untuk hidup bahagia sebelum Allah merubah diri kita. Allah akan mengabulkan kehendak kita jika memang menginginkan kehendak tersebut.
Bagaimana caranya agar kita bahagia ?.
Pertama kita mesti redha terhadap keadaan kita saat ini. Kita redha terhadap apa sahaja yang kita miliki saat ini. Kita ridha dengan apa yang ada. Kita ikhlas dengan apa sahaja yang ditentukan oleh Allah untuk kita pada saat ini. Bolehkah kita melakukan ini ?. Ini sangat penting sekali sebagai permulaan kita untuk melangkah kepada harapan yang lebih jauh.
Tanpa keredhaan maka hidup kita akan merana. Hidup kita akan susah. Kerana kita akan senantiasa melihat kepada apa yang kita tidak miliki. Kita terlupa bahwa kita sudah banyak memiliki namun kita tidak memanfaatkannya. Banyak orang yang tidak memiliki apa yang kita miliki, namun kita sia-siakan begitu sahaja. Ini sama dengan orang yang tidak pandai mensyukuri nikmat. Gajah di pelupuk mata tidak nampak, kuman di seberang lautan nampak. Ini suatu penyakit. Jika kita tidak redha dengan apa yang Allah berikan kepada kita saat ini, maka sukarlah kita akan mencapai kebahagiaan. Redha dengan keadaan saat ini adalah kunci untuk meraih kebahagiaan-kebahagiaan yang lain.
Dengan keadaan redha ini kita akan mendapatkan ketenangan. Dengan ketenangan inilah fikiran kita akan bekerja dengan baik. Kesihatan kita pun akan baik. Masa depan pun akan terlihat cerah. Dari sinilah Allah akan membuka pintu kebahagiaan yang luas.
Hindari keluhan-keluhan dan ratapan-ratapan. Tukarlah dengan kesyukuran-kesyukuran dan senyuman-senyuman. Insya Allah Tuhan akan menambah kebahagiaan kepada kita.


















Wang dan Anda..

Wang akan sukar dicari jika anda dalam keadaan susah hati. Seakan-akan wang itu tahu dan mempunyai mata yang boleh melihat apakah anda dalam keadaan susah hati atau dalam keadaan gembira. Biasanya wang akan datang kepada orang yang dalam keadaan gembira. Tidak heran kalau orang gembira biasanya malah semakin banyak wang. Kerana apa ? kerana wang itu suka singgah pada orang-orang yang dalam keadaan gembira. Sebenarnya bukan hanya wang yang suka singgah bahkan manusia pun akan suka singgah pada orang-orang yang dalam keadaan happy. Cuba jawab dengan jujur: apakah anda suka tinggal bersama orang yang susah ?
Anda tidak perlu percaya bahwa wanglah yang membuat seseorang bahagia. Sebenarnya banyak orang yang mati bunuh diri padahal dia kaya. Kebahagiaan tidak melihat anda miskin atau kaya. Anda boleh bahagia walaupun anda belum kaya. Untuk bahagia anda tidak perlu menunggu datangnya wang yang banyak. Jika anda mempunyai keyakinan seperti itu maka mungkin anda tidak pernah merasakan kebahagiaan. Kerana selagi anda belum bahagia, maka wang itu akan semakin sukar dicari dan mendekat kepada kita. Percayalah.....