UCAPAN CEO
Bismillahhirahmanirrahim,
Setiap insan mempunyai impian. Namun impian setiap insan berbeza. Tidak dapat dinafikan semua orang mahukan kesenangan dan kemudahan dalam kehidupan. Namun didalam zaman ekonomi yang kurang memberansangkan, harga barang-barang keperluan asas meningkat, taraf hidup yang tinggi malahan keperluan persekolahan anak-anak juga turut bertambah. Mahu tak mahu kita terpaksa akur
yang pendapatan makan gaji sahaja tidak mencukupi.
Disini kita perlukan anjakan paradigma dalam kehidupan. Anjakan yang bakal merubah cara hidup dan cara berfikir agar kehidupan kita selari dengan kemajuan teknologi yang inovatif lagi dinamik. Anjakan yang bakal mengubah corak tindakan serta sikap dan seterusnya menghasilkan kejayaan dalam kehidupan.
Trend perniagaan dan teknologi moden sentiasa berubah. Dalam masa yang sama
para pengguna pula semakin bijak memilih manakala permintaan serta harapan mereka saban hari semakin tinggi. Cetusan idea baru”ILTIZAM SEJAGAT” memberi ruang perniagaan berasaskan jualan runcit (produk-produk kesihatan) dalam kaedah yang kreatif lagi inovatif telah dilancarkan dengan mengambil idea dari gaya hidup masa kini.
Cabaran disahut dengan komitmen untuk berubah ”ILTIZAM” memperkenalkan sistem 3M iaitu Murah, Mudah dan pastinya Menguntungkan. Dengan mengeluarkan produk- produk berharga rendah namun bermutu tinggi malah sebaris dangan produk-produk terkenal di pasaran. Syarikat juga memperkenalkan sistem yang mudah difahami dan mampu dijalankan oleh sesiapa sahaja asal ada keinginan untuk maju tanpa mengira taraf pendidikan. Memberi keuntungan kepada setiap ahli pada yang aktif mahupun pasif (mengikut kemampuan masing-masing). Sistem yang adil untuk semua. Oleh itu bersempena dengan sambutan tahun baru hijrah marilah kita semua berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan yang lebih sempurna.
Bermula dengan perlantikan ”CENTRE KUALA KRAI, KELANTAN” Syarikat tidak lagi memandang ke belakang. Nantikan kemunculan ”CENTRE- CENTRE ILTIZAM” ditempat anda. Marilah bersama kami, memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih mantap dan berterusan bagi menjana pendapatan yang lebih baik
InsyaAllah ”ILTIZAM” akan menjadi salah sebuah Syarikat atau organisasi yang progresif serta dinamik.
Semoga segala perancangan mendapat restu dari Yang Maha Esa, agar semuanya mendapat limpah rahmatNYA dan berjalan lancar seiring kejayaan. Amin.......
Sekian
Terima Kasih
Vincent @ Mohd Najib
Vincent @ Mohd Najib
Make your own banner at MyBannerMaker.com!